CARA MENINGKATKAN HB KETIKA HAMIL

HB yang rendah ketika hamil pastikan merisaukan setiap ibu hamil. Ini kerana terdapat risiko-risiko yang akan muncul bila mengalami masalah ini. Untuk mengurangkan risiko di atas, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki bacaan Hb.

1. Memakan Makanan Kaya Zat Besi

Antara sumber makanan kaya zat besi yang baik terdiri daripada beberapa kumpulan makanan berikut:

Sumber haiwan:

  • daging
  • hati
  • ayam
  • limpa
  • kerang
  • ikan
  • sotong
  • ikan bilis

Sumber sayuran

  • pegaga
  • pucuk paku
  • kangkung
  • bayam
  • kailan

Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber haiwan setiap hari.

2. Mengambil Pil Hematinik / Suplemen Yang Dipreskripsikan Oleh Doktor

Sekiranya anda didiagnos dengan masalah Hb rendah ketika hamil, doktor akan mempreskripsikan ubatan khas untuk mengatasi masalah ini.

Di klinik kesihatan kerajaan, selalunya pil hematinik akan diberikan, di mana ia terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:

  • Pil zat besi
  • Pil asid folik
  • Pil vitamin C
  • Pil vitamin B kompleks

Selain 4 jenis pil ini, anda juga mungkin dipreskripsikan dengan ubat lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda mengambil pil ini setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor.

3. Elakkan Kafein / Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi

Untuk memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan lebih efisyen, elakkan meminum atau memakan bahan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola, atau minuman bercoklat, terutamanya dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan pil zat besi yang dipreskripsikan.

Selain makanan berkafein, susu juga mampu menjejaskan penyerapan zat besi pada tubuh, seperti yang dilaporkan oleh LiveStrong dan juga Buku Kesihatan Ibu Mengandung KKM. Sungguhpun ia merupakan sumber kalsium, tapi anda perlu menjarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 2 jam selepas memakan ubat.

4. Lebihkan Makanan Yang Membantu Penyerapan Zat Besi

Makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin C.

Oleh itu, anda digalakkan untuk makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.

Selain itu, lebihkan buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C dalam hidangan harian. Antaranya jambu batu, limau, betik, tomato, dan sebagainya.

5. Mematuhi Rutin Temujanji Kehamilan Setiap Bulan

Akhir sekali, pastikan anda sentiasa mematuhi rutin temujanji kehamilan supaya keadaan anda dapat dipantau dengan kerap. Jika anda tergolong dalam kes anemia atau Hb rendah semasa hamil, biasanya anda perlu datang ke klinik lebih kerap, iaitu setiap 2 minggu.

Foto Kredit: whattoexpect.com/

APAPUN, JANGAN TERLALU RISAU

Untuk makluman anda, kira-kira 1 daripada 5 kehamilan adalah berisiko mengalami anemia. Namun ia tidaklah bermakna anda akan menghadapi semua komplikasi yang dinyatakan di atas.

Dengan pantauan doktor dan langkah keselamatan yang diambil sejak awal, tidak mustahil anda boleh melahirkan bayi secara normal. Jadi, pastikan anda menjaga kesihatan fizikal serta mental dengan baik seperti yang dinasihatkan oleh doktor.